Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Intipati Penting Dalam Bajet 2013

on Sabtu, 29 September 2012


Intipati Penting Dalam Bajet 2013
 
Intipati Penting Dalam Bajet 2013 | Berikut adalah intipati penting dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat pada Jumaat (28 September 2012). Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

Bajet 2013 - Intipati Penting Belanjawan 2013
  • Bonus penjawat awam sebanyak 1 bulan setengah gaji. ( Raya, Disember dan Januari)
  • Peruntukan untuk Bajet 2013 ialah RM251.6 billion. Perbelanjaan Mengurus ialah RM201.9 billion dan Peruntukan Pembangunan ialah RM49.7 billion.
  • Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
  • Govt will extend 50% discount on KTM Komuter fares to all Malaysians with Bagi merangsang pelaburan, krjn akan perhebat pelaksanaan 12 Bidang Utama Negara (NKEA)
  • BR1M 2.0: bantuan tunai RM500 kepada isirumah berpendapatan kurang daripada RM3,000
  • BR1M2.0: bantuan tunai RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000
  • Bagi pembangunan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS), Skim Pembangunan PKS berjumlah RM1 billion akan dikendalikan oleh SME Bank
  • RM30 juta diperuntuk bagi Pelan Induk PKS (2012-2020), melibatkan 32 inisiatif termasuk 6 program berimpak tinggi
  • Dana Industri Halal pula sediakan RM200 juta untuk pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
  • Skim ini akan memberi had perlindungan maksimum sehingga RM5,000 dan kerajaan akan biaya skim ini dengan peruntukan RM16 juta setahun
  • Perbadanan Nasional Bhd akan memperkenalkan program “Business In Transformation” menggunakan model “licensing” atau “franchising
  • PNB akan beri pinjaman RM25,000 bagi “licensee” & RM500,000 kepada “licensor” dalam usaha memodenkan perniagaan penjaja dan peniaga kecil
  • Kerajaan perkenal insentif cukai bagi menggalakkan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dan gas
    1) Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk 10 tahun; 
    2) pengecualian cukai pegangan; 
    3) pengecualian duti setem
  • Paddy farmers below 10 hectares will fall under the Paddy Takaful Coverage Scheme with compensation of up to RM13, 000
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta di peringkat awal penubuhan amanah perniagaan
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah akan diteruskan.
  • Bantuan Baucar buku akan diberikan dan ditingkatkan dari RM200 kepada RM250
  • Pelepasan cukai pendidikan anak-anak bermula dari gaji ibubapa yang berpendapatan RM6000
  • Untuk tambahbaik SPRM, 150 perjawatan akan ditambah sehingga 5,000 anggota
  • Geran RM10,000 kepada persatuan penduduk berdaftar untuk aktiviti rondaan di kawasan kejiranan dan mempertingkatkan peranan rukun negara
  • Tambahan 10,000 ahli Pasukan Sukarelawan Polis dan pemasangan 496 unit CCTV di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan
  • Diskaun 20% pinjaman pelajaran PTPTN akan diberikan kepada mereka yang mula membayar pada bulan Oktober 2012
  • Perluasan 5 RTC & mini RTC di seluruh negara bagi sediakan perkhidmatan komuniti dan hasil pertanian di satu pusat integrasi
  • Pembinaan 441 km jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa akan manfaatkan 220,000 penduduk
  • Projek bekalan air akan manfaatkan 24,000 rumah dan penyambungan bekalan elektrik akan manfaatkan 19,000 rumah
  • The My First Home Scheme will be improved to enable more Malaysians to own their first residential property.
Kesimpulannya : Bajet kali ini amat menggembirakan semua rakyat malaysia... tak disangkah-sangkah... bajet kali ney Meletup gila... terima kasih PM... 

Sumber : Blog Budak Baek
Tag :

Malam Puisi Riong perlu diperluaskan: Peserta

on Sabtu, 5 Mei 2012


SHAH ALAM: Penganjuran Malam Puisi Riong perlu diperluaskan ke segenap peringkat supaya generasi muda hari ini lebih memahami sejarah dan budaya Melayu. 

Juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012, Sebghatullah Qazidada, berkata program seperti ini sangat penting bagi memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.
"Inisiatif ini bukan saja dapat memupuk budaya deklamasi puisi di kalangan generasi muda bahkan mampu mempertahankannya daripada ditelan zaman," katanya selepas menyampaikan puisi bertajuk 'Pohon Bahasa' di Laman Budaya di sini, malam tadi.

Tag :

Kes curi ubat RM1 juta selesai selepas tangkapan ketiga

on Selasa, 3 Januari 2012

Assalamuaikum dan Salam 1 Malaysia...


saya nak kongsi sikit nie isu semasa yang berlaku kat negara kita.....tentang kes kecurian ubat yang bernilai RM 1juta di Farmasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah pun berjaya diberkas.

KUALA LUMPUR: Kes kecurian 16 jenis ubat-ubatan bernilai RM1 juta di farmasi Hospital Kuala Lumpur (HKL) minggu lalu dianggap selesai setelah polis menahan seorang lagi suspek pada Ahad lalu di sini. 


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata penahanan lelaki yang juga petugas Hospital Temerloh, Pahang pada 1 Januari lalu itu, menjadikan jumlah yang ditangkap seramai tiga orang termasuk dua staf HKL.


"Suspek pertama yang ditahan pada 27 Dis lepas adalah seorang pencuci lantai warga asing, suspek kedua ditahan dua hari selepas itu merupakan kakitangan farmasi berkenaan dan suspek ketiga Ahad lalu.


"Ketiga-tiga mereka ditahan sehingga Khamis ini," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. 


Semua suspek yang berusia antara 21 dan 36 tahun ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan (Curi oleh orang gaji) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda. 


Kejadian curi ubatan itu berlaku pada 27 Disember lalu dan polis berjaya menemui semula ubat-ubatan berkenaan yang disorok di dalam tong sampah di kawasan letak kereta Kompleks Kerajaan Jalan Duta pada 7.30 petang, 1 Januari lalu. 


Selain itu, Mohmad turut menasihatkan orang ramai agar tidak menghadiri perhimpunan anjuran parti pembangkang yang dijangka diadakan di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta pada 9 Januari ini. 

"Kepada orang ramai saya harap mereka tidak terpengaruh dengan sebarang sentimen yang boleh meracuni fikiran rakyat untuk menyertai perhimpunan "Bebaskan Anwar"," katanya. - BERNAMA 


Sumber : Berita Harian




Tag :

Tiga jalan ditutup sempena sambutan Tahun Baru di P Pinang

on Jumaat, 30 Disember 2011




GEORGETOWN: Tiga jalan utama sekitar Padang Kota Lama akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru dan Hari Bandaraya George Town 2012. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata jalan terbabit ialah Jalan Masjid Kapitan Keling menghala ke Lebuh Duke, Lebuh Light menghala ke Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama.

"Orang ramai yang ingin menyertai sambutan tahun baru dinasihatkan supaya meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Gan berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa dan menggunakan penyembur salji bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. 

"Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang membawa atau menyemburnya kepada orang atau kenderaan," katanya. 

Kira-kira 1,000 anggota penguatkuasa undang-undang dari Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela akan berkawal sekitar kawasan Padang Kota Lama itu. 

Untuk pertanyaan orang ramai boleh hubungi talian khas tahun baru, 04-2181905 atau balai polis berdekatan. 


Sumber : Berita Harian


Tag :

AMERIKA, ISRAEL DIDAKWA DALANG VIRUS STUXNET

Simbol VIRUS Stuxnet


VIRUS Stuxnet yang merosakkan program nuklear Iran tahun lalu adalah satu daripada lima senjata siber yang dibangunkan menerusi platform tunggal yang pernah dikesan pada 2007, demikian menurut kajian baru dijalankan oleh firma keselamatan

Pakar keselamatan itu percaya Amerika Syarikat (AS) dan Israel dalang di sebalik kewujudan Stuxnet walaupun kedua negara itu enggan memberi komen terhadap kenyataannya itu.

Jurucakap Pentagon pada Rabu lalu menolak untuk memberi komen terhadap kajian dilakukan Kaspersky, yang mana tidak menyatakan siapakah dalang di belakang Stuxnet. Stuxnet juga dikaitkan dengan virus lain, Duqu iaitu sejenis trojan yang mencuri data, tapi kajian Kaspersky mencadangkan program senjata siber yang menyasar Iran itu mungkin lebih rumit daripada yang diketahui sebelum ini.

Pengarah Kajian Global dan Analisis Kaspersky, Costin Raiu, memberitahu Reuters Rabu lalu, pasukannya mengumpul bukti menunjukkan bahawa platform sama digunakan untuk membina Stuxnet dan Duqu juga telah digunakan untuk mencipta sekurang-kurangnya tiga jenis malware.

Raiu berkata, platform itu terdiri daripada sekumpulan modul perisian sepadan yang direka untuk padanan bersama, setiap satunya dengan fungsi berbeza.

Pembina virus itu boleh membina senjata siber baru dengan hanya menambah atau mengeluarkan modul itu.

Kaspersky menamakan platform itu ‘Tilded’ kerana banyak fail dalam Duqu dan Stuxnet memiliki nama bermula dengan simbol tilde ‘?’ dan abjad ‘d’.

Pengkaji Kaspersky masih tidak menemui apa-apa bentuk baru malware yang dibina menggunakan platform Tilded, katanya.

Namun begitu, mereka hampir pasti yang ia wujud kerana komponen yang dikongsi daripada Stuxnet dan Duqu itu mencari saudara mereka.

Apabila mesin dijangkiti oleh Duqu atau Stuxnet, komponen yang dikongsi dalam platform itu akan mencari dua kunci pendaftaran unik pada komputer peribadi (PC) yang dikaitkan dengan Duqu dan Stuxnet yang kemudiannya digunakan untuk memuatkan sekeping utama malware ke atas komputer, katanya.

Kaspersky baru-baru ini menemui komponen baru yang dikongsi yang mencari sekurang-kurangnya tiga kunci pendaftaran unik lain, yang mencadangkan pembina Stuxnet dan Duqu juga membina sekurang-kurangnya tiga jenis malware lain menggunakan platform sama, katanya.

Modul ini mengendalikan tugas termasuk menghantar malware ke PC, memasangnya, berkomunikasi dengan operatornya, mencuri data dan mereplikakan dirinya sendiri.

Tag :

Giggs bincang masa depan

on Isnin, 26 Disember 2011



MANCHESTER: Tonggak veteran Manchester United, Ryan Giggs yang masih hebat pada usia 38 tahun bakal mengadakan perbincangan mengenai masa depannya di kelab itu bersama pengurus, Alex Ferguson dalam masa terdekat. 

Ferguson menganggap sumbangan pemain Wales itu ketika United membelasah Fulham 5-0, Rabu lalu sebagai ‘luar biasa’ selain Giggs turut menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris, musim ini.



Gol itu menambahkan rekod Giggs yang menjaringkan gol pada saingan liga setiap musim sejak 1992.
“Nampaknya sudah tiba masa untuk saya duduk berbincang bersama pengurus bagi melihat apa perancangannya terhadap masa depan saya di kelab ini sambil saya sendiri akan menimbang apa yang akan saya lakukan. 

“Buat masa ini, saya rasa masih berkeadaan baik dan seronok berbanding sebelum ini. Jadi tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti,” kata Giggs. – AFP 


Tag :

Lelaki maut motosikal rempuh tembok batu


SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok batu sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, Yusnizan Yusof, 31, yang berasal dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan itu.
"Mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok batu rumah berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA 


Tag : ,
 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO