Lelaki maut motosikal rempuh tembok batu

on Isnin, 26 Disember 2011


SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh tembok batu sebuah rumah di Taman Seremban Jaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, Yusnizan Yusof, 31, yang berasal dari Terengganu meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut jurucakap polis, mangsa yang bekerja di sebuah kilang dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di kawasan perumahan itu.
"Mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tembok batu rumah berkenaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian. - BERNAMA 


{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO