Tiga jalan ditutup sempena sambutan Tahun Baru di P Pinang

on Jumaat, 30 Disember 2011




GEORGETOWN: Tiga jalan utama sekitar Padang Kota Lama akan ditutup kepada semua kenderaan sempena sambutan ambang tahun baru dan Hari Bandaraya George Town 2012. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata jalan terbabit ialah Jalan Masjid Kapitan Keling menghala ke Lebuh Duke, Lebuh Light menghala ke Jalan Tun Syed Shah Barakbah dan Jalan Padang Kota Lama.

"Orang ramai yang ingin menyertai sambutan tahun baru dinasihatkan supaya meletak kenderaan di tempat yang dikhaskan atau menggunakan kenderaan awam," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Gan berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak membawa dan menggunakan penyembur salji bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. 

"Polis akan mengambil tindakan terhadap mereka yang membawa atau menyemburnya kepada orang atau kenderaan," katanya. 

Kira-kira 1,000 anggota penguatkuasa undang-undang dari Polis Diraja Malaysia, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rela akan berkawal sekitar kawasan Padang Kota Lama itu. 

Untuk pertanyaan orang ramai boleh hubungi talian khas tahun baru, 04-2181905 atau balai polis berdekatan. 


Sumber : Berita Harian


{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO