Pengenalan
Ketahanan dan pertahanan merupakan dua aspek penting yang membentuk kekuatan sesebuah tamadun atau Negara. Ketahanan merujuk kepada keupayaan, kebolehan serta kekuatan menanggung sesuatu kesukaran dan penderitaan. Ia juga satu halangan dan keupayaan menanggung sesuatu dalm pertempuran atau peperangan manakala pertahanan merujuk kepada langkah-langkah serta tindakan yang diambil untuk mempertahankan sesebuah Negara dari ancaman musuh.
Ketahanan dan poertahanan merujuk kepada kekuatan mental, ketabahan dan kecekalan dalam mempertahankan sesebuah Negara dari ancam,an musuh. Kekuatan pertahanan dan ketahanan banyak bergantung kepada kekuatan mental,fixikal, peralatan senjata yang digunakan, taktik dan strategi serta jenis tentera yang ada.
Isi pentig
- Kekuatan mental dan psikologi
Kekuatan mental atau psikologi banyak bergantung kepada:
Ketinggian semangat tentera
Ketinggian semangat juang seseorang tentera atau ketua pemimpin dalam mengendaliakn dan menghadapi serangan musuh adalah semangat yang penting menjadi pendorong kejayaan.
kepimpinan
Sentiasa berfikir, membuat perancangan taktik dan strategic sebagai perseddiaan dari serangan musuh. Memberi semangat melalui pengucapan atau meniup sebagai jihad atau perang suci atau pengorbanan sebagai asa peperangan.
disiplin
Berkait rapat dengan sikap yang ada dalam diri pemerintah dan tentera dalam menghadapi musuh. Disiplin yang diamalkan merupakan factor yang membolehkan mereka mengalahkan pihak musuh
- Kekuatan fizikal
jumlah dan bilangan tentera
Merujuk kepada bilangan tentera yang terdapat dalm sesebuah empayar atau kerajaan, contoh bangsa rom mempunyai seramai 40000 orang askar(aulus platius) yang mengetui serangan ke kawasan musuh manakala kekuatan sebuah kerajaan lain mungkin mencapai angka ratusan ribu. Bilangan tentera yang ramai ini akan dapat membantu atau mempertahankan empayar dari seranagn musuh.
peralatan senjata
Peralatan senjata merupakan satu kelengkapan yang sangat penting dalam mempertahankan sesebuah empayar dari serangan musuh. Penggunaan senjata yang lebih baik atau moden daripada musuh adalah lebih berkesan daripada senjata tradisi. Contohnya, empayer yunani Berjaya mengalahkan musuh kerana penggunaan senjata meriam dan tarbil.
tektik
Taktik merupakan satu factor yang membantu kejayaan. Taktik adalah satu tindakan di medan perang. Ia boleh ditakrifkan sebagai satu cara atau kaedah untuk melaksana akan sesuatu serangan atau pertahanan. Pelbagai taknik digunakn setiap bangsa bagi menewaskan musuh atau mempertahankan diri dari serangan luar. Contohnya tentera rom menggunakan taktik perisik rahsia
stretegi
Satu seni tipu muslihat atau merancang dan mengatur untuk memperdaya musuh atau dianggap sebagai kebijaksanaan dalm mendendalikan peperangan. Contoh empayar china telah menggunakan tanglung pada waktu malam sebagai isyarat dan melakukan serang hendap. Membuat pembahagian tentera iaitu tentera berbaris dan berdiri rapat bagi menghalang musuh dan sebagainya
jenis tentera
Tamadun yang mempunyai pelbagai jenis tentera seperti tentere darat da sebagainya. Contohnya, tamadun rom mempunyai pasuakn tentera berjalan kaki, berkuda dan bergajah. Terdapat juga tentera atau armada laut yang bertugas sebagai peronda dan tentera kapal penyerang. Contoh. Tamadun china ada tentera laut yang mempunyai pasukan kapal peronda di laut bagi mengawal keadaan laut dari ancaman musuh.
Kesimpulan
Ketahanan dan pertahanan merupakan dua aspek yang penting dalam membentuk kekuatan sesebuah tamadun. Ketahanan dan pertahanan bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal. Peralatan senjata, taktik dan strategi serta jenis-jenis tentera.
{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...
SATU pun jadilah...hehehe