Pengenalan
Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjaln ke merata-rata tmpat atau daerah. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.
Bangsa eropah mempunyai tradisi penerokaan sejak zaman yunani iaitu sekitar abad ke8 s.m lagi. Contohnya orang crete, mycenea dan phonesia telah melakukan aktiviti penerokaan dan penjelajahan sekitar laut mediteranean untuk tujuan ekonomi dan politik.
Kuasa-kuasa barat seperti Portugal dan sepanyol mula menjelajah dan meneroka disebabkan beberapa factor yang mendorong dan juga untuk mengatasi perubahan politik, ekonomi dan agama yang berlaku zaman tersebut.
Isi penting
Peranan pemerintah
- Pada zaman yunani orang phonecia melakukan ekspedisi mengelilingi benua afrika dengan bantuan raja mesir iaitu firaun necho.
- Iskandar zulkarnain telah memimpin ekspedisi ketenteraan dari mecedonia dan mesir di barat hingga hindu kush dan Punjab di timur. Beliau juga menaja ekspedisi-ekspedisi yang disertaioleh pakar dan penulis untuk merekod sumber-sumber asli di kawasan takluknya.
- Dorongan daripada pemerintah seperti putera henry dan raja john 3 dari Portugal dan sepanyol membawa kepada kemajuan sains dan teknologi pelayarran serta penubuhan akedemi laut.
- Raja-raja Negara bangsa juga memberikan galakan kepada masyarakatnya untuk menjelajah dan meneroka. Tujuannya adalah untuk mengumpul kekayaan. Para pemerintah juga memberi hadiah yang lumayan dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka.
Maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar
- Orang yunani melancarkan ekspeidsi untuk meninjau keadaan persekitaran dan geografi sesuatu kawasan. Contohnya, orang phonecia telah melancarkan ekspedisi belayar mengelilingi pantai afrika dengan tujuan mengetahui keluasan kerajaan mesir.
- Sumber maklumat dan pengetahuan tentang dunia luar diperoleh daripada orang islam arab pada pertengahan awal.
- Cacatan marco polo mengembara ke china dalm buku “the travels of marco polo” dan perkhidmatan paderi john monte carvino di india, parsi dan china telah mendorong penjelajahan orang-orang eropah. Maklumat yang diperolehi tentang india dan china telah menarik minat para penjelajah seperti chistopher colombus.
Penyebaran agama kristian
- Golongan paderi kristian dan raja-raja eropah bercita-cita untuk mengembangkan agama kristian di dunia luar. Para mubaligh kristian dengan para saudagar ingin meneroka ke tempat-tempat baru iaitu benua amerika, asia dan afrika. Contohnya, Portugal menakluki kerajaan melayu Melaka dan salah satu faktornya ialah penyebaran agama kristian. Selain itu, orang-orang sepanyol dan Portugal ingin merampas balik tanah mereka daripada penguasaan orang isalam.
Perkembangan kapitalisme dan merkantilisme
- System ekonomi kapitalisme mengalakkan kegiatan mengumpul modal, hak milik persendirian dan persaingan dalm perniagaan. Perkembangan ini telah mendorong kemunculan dasar ekonomi merkantalisme di Negara-negara bagsa yang menekankan dasar mengumpul kekayaan , menambah kekuasaan dan menjaga kebajikan penduduk tempatan. Bagi mencapai maklamat tersebut raja-raja Negara bangsa mengalakkan penjelajahan dan penerokaan.
Kemajaun teknologi pelayaran
- Pengetahuan teknikal tentang geografi dan pelayaran mengiatkan lagi penjelajahan dan penerokaan. Alat-alat seperti kompas magnetic dan astrolabe dicipta untuk memudahkan pelayaram. Kompas digunakan untuk mementukan arah dan astrolabe digunakan untuk menentukan longitude.
- Masyarakat eropah mempunyai peta yang lengkap tentang benua eropah dan laut Mediterranean pada abad ke 15 masihi yang memudahkan lagi aktiviti pelayaran mereka. Dengan bantuan alat-alat pelayaran, kapal-kapal yang kukuh dibina untuk belajar ke lautan yang luas.
Persaingan Negara-negara bangsa
- Negara-negara bangsa seperti sepanyol, perancis dan Portugal bersaing untuk meneroka kawasan-kawasan yang baru di benua asia, afrika dan amerika. Tujuan mereka adalah untuk memperolehi bahan-bahan mentah dan pasaran baru bagi barangan mereka.Semaki luas kawasan yang diterokai, semakin tinggi sanjungan yang diberi di kalangan Negara-negara eropah
Pengaruh renaissance
- Pada zaman Renaisance, cita-cita dan pemikiran bangsa eropah telah berubah. Mereka lebih mempraktikkan ciri-ciri individualism, humanism, Sekularisme, sifat kritikal dan rasioamalisme.
- Institusi gereja tidak lagi mengongkong pemikiran masyarakat eropah pada zaman ini. Keadaan ini telah mendorong kebebesan pemikiran manusia dan mula mementingkan kemajuan sains dan teknologi yang mengalakkan masyarakat eropah menjelajah dan meneroka kawasan-kawasan baru
Kesimpulan
Jelaskan bahawa factor- factor yang dibincangkan telah mendorong penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa besar eropah. Akibat daripada penerokaan kawasan-kawasan baru telah meninggalkan kesan kepada penduduk tempatan dari segi politik, ekonomi dan social
{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...
SATU pun jadilah...hehehe