Pengenalan
Empayar pertama di India yang diasaskan oleh Chandra Gupta Maurya kira-kira 321 SM dengan menjadikan Pataliputra sebagai pusat pemerintahannya. Kemasyhuran empayar ini terserlah semasa Asoka menaiki takhta pada 273 SM dengan gelaran Devanampiya Plyadasi yang menggantikan bapanya, Bindusara. Banyak sumbangannya terutama dalam perluasan kuasa, keagamaan Buddha dan pembaharuan sistem sosial.
Isi-isi
Melancarkan Perang Kalinga.
v Berlaku perebutan kuasa selepas kematian ayahnya dengan membunuh 98 orang anggota keluarganya
v Melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga pada tahun 292 M yang mengorbankan 100 ribu orang.
v Perang Kalinga banyak memberikan kesedaran yang mendalam dalam jiwanya kerana banyak nyawa tidak berdosa terkorban, keganasan , kekejaman dan merugikan rakyat.
v Asoka insaf dan berubah serta memeluk agama Buddha.
Menyebar dan membudayakan agama Buddha
v Mengadakan siri lawatan ke seluruh negara.
v Melawat tempat-tempat suci dan mengadakan perbincangan.
v Melantik pegawai khas Dharma Mahamatra untuk menyebarkan Dharma.
v Mengadakan majlis agama Buddha untuk menyelesaikan perbezaan pendapat.
v Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar.
v Mengukir doktrin-doktrin Buddha di atas batu, tiang-tiang, dan gua-gua.
v Mempraktikkan ajaran Buddha dalam kehidupan; tidak lagi makan daging dan menghentikan amalan berburu
Membuat perubahan dalam aspek pentadbiran
v Memelihara kebajikan material dan moral rakyat.
v Mengutamakan keselamatan rakyat, negara, harta benda, iaitu kemakmuran rakyat.
v Segala perancangan Asoka dalam penyebaran Buddha menyebabkan berlaku Buddhisme
didunia.
didunia.
v Beliau berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmuran di seluruh empayarnya.
Membuat perubahan dalam aspek Sosial
v Menjaga kepentingan rakyatnya seperti membina hospital.
v Membina kemudahan awam seperti rumah rehat, menanam pokok di sepanjang jalan, mencantikkan bandar, dan lain-lain.
v Usaha ini mencerminkan cara hidup Buddha yang suka mengembara dalam mencari kebenaran.
v Mempunyai sifat toleransi terhadap penganut agama lain seperti menghulurkan bantuan kepada Brahmin dan penganut agama lain.
Peluasan kuasa
v Menghentikan dasar perluasan kuasa seperti bapa dan datuknya.
v Mengamalkan dasar perluasan kuasa melalui Dharma (Buddha).
v Menghantar misi-misi keagamaan ke negara-negara luar.
v Menghantar mubaligh-mubaligh Buddha ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir, Eropah Timur, Tibet, dan lain-lain.
v Antara mubaligh yang diutus ialah anaknya, Mahendra dan Sanghamitra yang dihantar ke Sri Lanka.
v Menjalinkan hubungan erat dengan empayar besar sezaman dengannya seperti Yunani, China, Parsi, dan Rom.
v Menjalinkan hubungan dengan negara jiran seperti Chola, Pandya, Satiyaputra, Keralaputra, dan Tambapamni.
v Hasil hubungan membuka ruang ekonomi dan menggalakkan banyak peniaga datang ke negerinya
v Perkongsian media banyak mempercepat kemajuan bangsa masing-masing, terutama Empayar Maurya.
Pembinaan Empayar
v Empayarnya meliputi seluruh bahagian India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India Selatan. Asoka berjaya membentuk satu unit pentadbiran yang kukuh.
Kesimpulan:
Asoka meninggal dunia pada 232 S.M. Pemerintahan Asoka diteruskan oleh tujuh orang raja yang tidak cekap kerana wujudnya pemberontakan dalaman oleh kerajaan-kerajaan kecil seperti Andhra yang telah membebaskan Deccan. Demertius pula berjaya merampas sebahagian besar wilayah Maurya. Terdapat penentangan daripada golongan Brahmin yang tidak puas hati dengan undang-undang pengharaman makan daging binatang. Empayar Maurya mengalami keruntuhan pada 190 S.M. Pemerintahan terakhir, Brihadratha dibunuh oleh golongan Brahmin dan digantikan oleh Empayar Gupta.
Asoka meninggal dunia pada 232 S.M. Pemerintahan Asoka diteruskan oleh tujuh orang raja yang tidak cekap kerana wujudnya pemberontakan dalaman oleh kerajaan-kerajaan kecil seperti Andhra yang telah membebaskan Deccan. Demertius pula berjaya merampas sebahagian besar wilayah Maurya. Terdapat penentangan daripada golongan Brahmin yang tidak puas hati dengan undang-undang pengharaman makan daging binatang. Empayar Maurya mengalami keruntuhan pada 190 S.M. Pemerintahan terakhir, Brihadratha dibunuh oleh golongan Brahmin dan digantikan oleh Empayar Gupta.
{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...
SATU pun jadilah...hehehe