Huraikan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20

on Isnin, 2 Januari 2012

Pengenalan

Filipina telah dijajah oleh Sepanyol pada abad ke-19 dan Amerika Syarikat pada abad ke-20. Penjajahan Sepanyol di Filipina telah memperlihatkan pelbagai bentuk penindasan terhadap orang Fipilina,terutamanya golongan petani dan paderi. Manakala,Indonesia dijajah oleh Belanda sejak awal abad ke-19. Dasar-dasar ekonomi Belanda di Indonesia telah membawa kesusahan kepada penduduk tempatan yang dieksploitasikan untuk kepentingan ekonomi Belanda. Namun, sistem pendidikan moden yang diperkenalkan oleh penjajah di Filipina dan Indonesia telah melahirkan golongan terpelajar dalam golongan kelas menengah yang memulakan gerakan nasionalisme di negara masing-masing.

Isi-isi Penting

Peranan golongan intelektual di Filipina 

Gerakan kesedaran – Gerakan Propaganda

Golongan terpelajar Filipina atau “illustrados” telah terpengaruh dengan reformasi liberal di Sepanyol selepas tahun 1868.Golongan intelektual ini mengadakan Gerakan Propaganda . Antara tokoh ialah Jose Rizal dan Graciano Lopez Jaena.
Peristiwa Pemberontakan Cavite 1872 dan dasar kekerasan Sepanyol mengakibatkan sebilangan intelektual melarikan diri ke England dan Sepanyol. Golongan ini membangkitkan idea nasionalisme semasa di negara-negara itu melalui penulisan akhbar La Solidaridad diasaskan oleh Lopez di Barcelona pada tahun 1889 dan telah mendedahkan kezaliman penjajahan Sepanyol di Filipina. Novel Rizal iaitu Noli Me Tangere telah memaparkan pemerintahan buruk kerajaan Sepanyol dan paderinya di Filipina. Tahun 1892, Rizal menubuhkan Liga Filipina yang menuntut hak orang Filipina dan kebebasan bersuara.

Perjuangan secara radikal - Revolusi Katipunan

Intelektual radikal seperti Andres Bonifacio telah menubuhkan Katipunan dengan matlamat untuk memperjuangkan kemerdekaan Filipina daripada penjajahan Sepanyol melalui revolusi bersenjata. Katipunan menerbitkan akhbar Kalayan untuk menyemarakkan idea nasionalisme dalam kalangan penduduk Filipina bagi menentang penjajah Sepanyol. Revolusi Katipunan berjaya dipatahkan oleh penjajah Sepanyol. Andres Bonifacio terkorban dan perjuangan Katipunan diteruskan oleh Emilio Aguinaldo (intelektual radikal).
d. Pakatan Aguinaldo dengan Amerika Syarikat telah berjaya menamatkan penjajahan Sepanyol di Filipina tetapi Amerika Syarikat pula yang menjajah Filipina mulai tahun 1899.

Perjuangan kemerdekaan secara berperlembagaan

Pada zaman penjajahan Amerika Syarikat di Filipina, gerakan nasionalisme dipimpin oleh golongan intelektual sederhana seperti Osmena, Quezon dan Roxas. Parti mereka, Parti Nasionalis berjaya memenangi pilihan raya umum yang pertama pada tahun 1907. Quezon dilantik sebagai Yang DiPertua Dewan Undangan Filipina dan Osmena sebagai Speaker Dewan.
1916: Atas desakan Quezon, Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Autonomi Filipina yang membawa Filipina ke arah bekerajaan sendiri dan 1932: Osmena dan Roxas berangkat ke Washington untuk merundingkan kemerdekaan Filipina tetapi rundingan itu gagal serta 1934: Osmena sekali lagi memujuk Amerika Syarikat untuk meluluskan Akta Kemerdekaan. Namun, Filipina hanya memperoleh kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua.

Peranan golongan intelektual di Indonesia 

Nasionalisme Indonesia mengalami 4 tahap, iaitu sosio-budaya, sosio-ekonomi, revolusioner dan sekular. Dalam setiap tahap tersebut, muncul golongan intelektual yang menyumbang terhadap perkembangan nasionalisme. Secara umumnya, golongan intelektual Indonesia tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang
pendidikan, pekerjaan dan pentadbiran.

Tahap nasionalisme sosio-budaya

Pada tahun 1902, Raden Adjeng Kartini memulakan gerakan nasionalisme kebudayaan di Indonesia. Beliau menubuhkan sebuah sekolah untuk anak-anak perempuan pegawai-pegawai Indonesia. Dr. Mas Wahidin mengasaskan Budi Utomo yang bermatlamat mencapai kemajuan kebudayaan dan pendidikan Jawa

Tahap nasionalisme sosio-ekonomi

Muncul intelektual seperti Omar Said Tjokroaminoto, Abdul Muis, Haji Agus Salim – pemimpin-pemimpin Sarekat Islam yang bertujuan melindungi kepentingan sosio-ekonomi bangsa Indonesia. Kemudiannya, Sarekat Islam bersifat politik.

Tahap nasionalisme revolusioner

Golongan intelektual yang tidak berpuas hati dengan Belanda telah memimpin pertubuhan politik yg lebih radikal / agresif. Misalnya, Semaun, Darsono dan Tan Malaka dari Parti Komunis Indonesia (PKI) – bersedia melancarkan revolusi untuk menggulingkan Belanda dan menubuhkan kerajaan republik komunis di Indonesia.

Tahap nasionalisme sekular

Soekarno, intelektual yang paling menonjol telah menubuhkan Parti Nasional Indonesia (PNI) pada tahun 1927. Tujuan PNI ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia melalui dasar tidak bekerjasama dengan Belanda. Perjuangan Soekarno melalui PNI turut dibantu oleh intelektual lain seperti Dr. Sartono dan Dr. Muhd. Hatta.

Kesimpulan 

Golongan intelektual telah memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Indonesia. Mereka menyediakan idea-idea nasionalisme dan kepimpinan berkesan dari peringkat gerakan kesedaran hingga perjuangan pembebasan daripada penjajahan. Peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual telah memberi sumbangan besar terhadap proses kemerdekaan di Filipina dan Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.



{ 2 komen Kat Sini !... read them below or add one }

-{siti&azim}- berkata...

ada ka peranan rakyat filipina menyebabkan kemasukan amerika syarikat??


5 Oktober 2012 pada 7:49 PTG
Tanpa Nama berkata...

apa peranan golongan intelektual utk Tanah melayu?


30 Oktober 2014 pada 8:39 PTG

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO