Huraikan taktik dan strategi peperangan yang digunakan oleh tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

on Selasa, 20 Disember 2011




Pendahuluan 

Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam selama 23 tahun. Tahap awal secara sembunyi, kemudian secara terbuka. Selepas Perjanjian Aqabah, usaha sebar Islam semakin cerah yang membawa kepada penghijrahan ke Madinah. Pada tahap ini melibatkan peperangan dalam usaha menegakkan Islam daripada diceroboh dan ditindas oleh musuh. 

Antara peperangan yang terkenal ialah Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandak. Kejayaan dalam setiap peperangan disebabkan Baginda menggunakan beberapa taktik dan merancang strategi sebelum peperangan. 

Isi penting 

Taktik Menunggu Musuh 

Digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang Badar. Cara, tentera Islam menunggu kedatangan musuh di tengah medan peperangan dan apabila tentera musuh menghampiri tentera Islam menyerang balas. 

Taktik al – Saf 

Digunakan dalam Perang Badar. Cara, tentera dibahagikan kepada 2 barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. Tentera Islam hanya berjumlah 313 orang, musuh 3,000 orang. 

Taktik Menggali Parit 

Digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Ahzab. Tentera musuh seramai 10,000 orang, tentera Islam seramai 3,000 orang. Parit digali menghalang tentera musuh memasuki kota Madinah. Tentera Islam hanya bertahan di dalam kota. Bantuan angin kencang turut melemahkan pihak musuh. 

Taktik Kepungan 

Digunakan sewaktu tentera Islam menyerang kota Taif. Tentera Islam mengepung kota ini buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan. Tentera Islam bertindak melancarkan serangan. 

Taktik Membiarkan Musuh Tanpa Dikejar 

Dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.dan diikuti oleh Khulafa’ al-Rasyidin. Tentera Islam dilarang mengejar/memburu tentera musuh yang berundur. Alasannya, tentera Islam hanya bersifat mempertahankan diri daripada serangan dan untuk membuktikan tentera Islam tidak agresif serta mengelakkan tentera Islam diperdaya oleh musuh. 

Taktik Penyamaran 

Digunakan sewaktu Perang Khandak. Nabi menghantar Naim bin Masud untuk bertindak sebagai musuh Islam dan memecahbelahkan pakatan musyrikin Makkah dan Yahudi sehigga tentera Musuh tewas. 

Kesimpulan 

Peperangan dalam Islam bertujuan untuk menegakkan agama Islam. Kejayaan tentera Islam menonjolkan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dalam merencana dan merancang taktik dan strategi peperangan. Tentera Islam mementingkan akidah, akhlak dan syariat Islam. 


{ 1 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

klu boleh huraikan tentang perbezaan ketenteraan dri segi kepimpinan,senjata,teknik dan strtg pprgn ,serta pertahanan pada zaman tamadun islam yang membawa kepada kemajuan ketenteraan pada zaman sekarang,thank you


12 November 2017 pada 10:12 PTG

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO