Bincangkan sumbangan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.

on Selasa, 20 Disember 2011


Pengenalan


Marco Polo merupakan seorang pedagang dan pengembara yang berasal dari Venice, Itali. Beliau berasal daripada keluarga Polo yang terkenal kerana penglibatan dalam bidang perdagangan di Timur Tengah. Marco Polo memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya Niccolo Polo dan bapa saudaranya Maffeo Polo ke China pada tahun 1271 M. Beliau menyertai aktiviti penerokaan dan penjelajahan selama 24 tahun. 

Isi penting.

Lawatan ke China

Beliau menyertai ekspedisi ayahnya,Niccolo Polo ke China ketika berusia 17 tahun. Dalam perjalanan, beliau melalui negara Parsi , Hormuz, Kermen. Belkh, Lembah Oxus, Pamir, Kashgar, Yarkhand, Khotan dan Lob Nor ke China. 

Berkhidmat sebagai duta

Marco Polo berkhidmat dengan Maharaj Kublai Khan selama 17 tahun dan dilantik sebagai duta ke kawasan jauh seperti Shansi, Shensi, Szechuan,Yunan, Tibet dan Burma. Mengetuai misi diplomatik ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet dan Sri Lanka. 

Menulis kemajuan peradaban timur

Marco Polo berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat China dan mencatatnya dalam buku The Travels of Marco Polo. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa China ialah penggunaan wang kertas, pencetakan blok, penggunaan asbestos, peleburan arang batu dan pembangunan bandar-bandar besar. Orang China juga menghasilkan serbuk letupan, mencetak buku dengan menggunakan blok kayu berukir. Maklumat tentang kemajuan peradaban China mempengaruhi masyarakat Eropah khususnya dalam bidang ekonomi.

Catatan tempat-tempat yang dilawati

Marco Polo juga melawat banyak tempat-tempat dalam perjalanan pulang dari China. Antaranya ialah Sumatera, Sri Lanka. Koromandel, Gujerat, Hormuz,Parsi, Tabriz, Trebizonid dan Constantinople. Beliau juga menulis catatan tentang tempat-tempat yang dilawati, membuat catatan tentang pertanian, rempah ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat China. 

Menulis kitab pengembaraan

Beliau menulis sebuah buku berjudul The travels of Marco Poloketika berada dalam tahanan di Genoa. Buku ini ditejermahkan dalam bahasa Latin , Sepanyol dan Inggeris. Buku ini menjadi sumber rujukan bagi para pengembara Eropah khusussnya dari negara Portugal dan Sepanyol untuk melakukan ekspedisi menjelajah ke luar. Maklumat yang terkandung dalam buku ini mendorong pelayar-pelayar Eropah seperti Christopher Columbus mencari jalan laut ke timur. Mubaligh-mubaligh Kristian seperto Friar Odoric dan John Monte Corvino tertarik untuk pergi ke China selepas membaca buku tersebut. 

Sumbangan dalam bidang geografi

Maklumat tentang ilmu geogarafi yang terdapat dalam buku beliau membantu pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi dan menghasilkan peta dunia yang lebih tepat daripada peta yang dihasilkan oleh Ptolemy pada abad pertama masihi. 


Mendorong bangsa Eropah melakukan penjelajahan

Penulisan Marco Polo telah merubah pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan. Buku ini menyebabkan para pemerintah mula memberi dorongan kepada pelayar-pelayar untuk melakukan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Raja Henry telah mengasaskan satu institusi pelaut untuk menggalakkan orang Portugis terlibat dalam aktiviti penjelajahan dan penerokaan. 

Merapatkan hubungan antara Barat dengan timur 

Maklumat tentang dunia timur khususnya negara China oleh Marco Polo telah menyebabkan orang Eropah berlumba-lumba untuk melancarkan ekspedisi ke China. 

Kesimpulan

Marco Polo telah memberikan sumbangan besar dalam mendedahkan kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah. Kejayaan Marco Polo memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 dan 16 M. 





{ 2 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

It's awesome in support of me to have a site, which is valuable for my know-how. thanks admin

my site: payday loans online
Also see my web site > Online Payday oan


11 Januari 2013 pada 1:45 PG
Tanpa Nama berkata...

Payday Loans The unsecured form of these loans
satisfies the need of money for the borrowers who need a smaller amount or cannot pledge
any collateral for the money. Sending cash from one
account to another is without that all websites claim to be genuine.
Pestilence.


15 Jun 2013 pada 12:36 PTG

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO