Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan formal dalam Tamadun Awal manusia

on Ahad, 25 Disember 2011




Pengenalan : 

Pendidikan formal boleh ditakrifkan sebagai sistem pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh sesuatu kerajaan untuk membentuk suatu masyarakat atau negara mengikut dasar perancangan yang berkaitan rapat dengan matlamat-matlamat kerajaan, sistem pemerintahan sama ada monarki, republik atau demokrasi, pengaruh agama dan pentadbiran negara. Dalam tamadun awal manusia, matlamat-matlamat adalah berlainan dan berubah-ubah dari zaman ke zaman. Pada keseluruhannya, sesuatu negara selalunya, mendakwa kerajaan berhak mengawal takdir rakyat negara itu melalui organisasi institusi pendidikan, kaedah pengajaran dan bentuk kurikulum untuk mencapai tujuan dan keperluan negara. Pendidikan formal dianggap sebagai alat untuk membentuk disiplin, organisasi dan susunan sosial dan arah kesetiaan rakyat terhadap negara. Pendidikan formal juga dijadikan teras perdebatan di kalangan ahli falsafah dan pendidik. Antaranya termasuklah Plato yang memberatkan pendidikan formal untuk menghasilkan segulungan pemerintah yang bijak (philosopher-kings), Quintilian yang menegaskan aspek utilitarian dalam pendidikan Rom dan Ignatius Loyola yang mengatakan bahawa pendidikan formal adalah semata-mata memupuk semangat kecintaan kepada tuhan. 

Isi penting

Agama 

Agama merupakan faktor dominan dalam tamadun awal Mesopatamia dan India. Agama menguasai kesemua kegiatan sosial manusia, sistem pemerintahan, ekonomi, seni dan kesusasteraan. Dalam tamadun Mesopotamia, institusi pendidikan formal adalah diwujudkan oleh golongan paderi yang biasanya menjadi para pendidik. Mereka juga menetapkan kurikulum yang membayangkan kepentingan upacara agama dan rumah berhala. Di India, pada zaman Vedic, Maurya dan Gupta, pendidikan formal adalah dikendalikan oleh golongan berkasta tinggi iaitu Brahman yang mengajar kitab suci Vedas dan doktrin-doktrin agama Brahmanisme. 

Pemerintah 

Tamadun China dan Dinasti Han juga menyaksikan Maharaja Han Wu Ti mendirikan sebuah akademia dengan tujuannya berfokus kepada kajian dan penilaian karya-karya falsafah Confucius. Di bawah naungan Han Wu Ti fahaman Confucius telah mulai menjadi ideologi rasmi negara China. Sehingga kurun ke-20 TM. 

Ideologi dan Pengukuhan Kerajaan 

Pendidikan formal sering kali dikaitkan dengan kepentingan politik dan kerajaan. Matlamatnya kerajaan ialah memperkukuhkan asas kerajaan yang memerintah. Maka, boleh dikatakan bahawa pendidikan formal itu merupakan suatu proses sosialisasi untuk membina pemikiran rakyat, khususnya, para pegawai birokrat supaya mereka memberi sokongan kepada kerajaan. Jadi, kurikulum pendidikan formal biasanya dirancang mengikut kehendak ideologi kerajaan. Ideologi sebagai alat propaganda adalah jelas dalam pendidikan China yang berasaskan ajaran Confucius. Ajaran Confucius dianggap sesuai bagi tujuan memupuk kesetiaan rakyat dan para pegawai oleh sebab Confucianisme memberatkan keharmonian sosial dan ketaatsetiaan kepada keluarga, maharaja dan negara. Dengan objektif itu, pemerintah-pemerintah China sejak Dinasti Han telah menjadikan ajaran Confucius sebagai teras, sistem pendidikan formal di peringkat daerah, wilayah dan ibu kota. Di peringkat ibu kota dan wilayah, terutamanya kerajaan China telah menjalankan sistem peperiksaan imperial dengan tujuan menghasilkan segolongan cerdik pandai yang boleh menjadi pegawai-pegawai birokrat di ibu kota dan wilayah. Akhirnya, boleh dikatakan bahawa fahaman Confucius merupakan suatu teras perpaduan masyarakat dan negara China. 

Pemupukan Kewarganegaraan dan Tanggungjawab Sivik 

Konsep dan amalan pemupukan kewarganegaraan dan tanggungjawab sivik jelas dibuktikan di negara kota Athens yang pendidikan formalnya dilaksanakan dengan tujuan menjadikan rakyat lelaki Athens lebih bersedia melibatkan diri mereka dalam hal-ehwal semasa, perbincangan awam, pengurusan pentadbiran, perkhidmatan sebagai juri dalam mahkamah serta perkhidmatan tentera untuk mempertahankan negara kota mereka. Dengan perkembangan demokrasi yang memuncak semasa pemerintahan Pericles pada kurun ke-5 SM pendidikan formal Athens adalah bertujuan mengeratkan hubungan rakyat Athens dengan Acropolis (pusat kerajaan), membolehkan perkembangan keperibadian seseorang individu supaya ia lebih berperanan kepada negara serta bersedia meningkatkan kecemerlangan Athens dalam alam Yunani. Soal tanggungjawab sivik juga dibuktikan dalam Empayar Rom yang akibat penaklukan yang meluas terdiri daripada pelbagai bangsa. Maka, pendidikan formal adalah dirancang dengan tujuan memupuk nilai-nilai murni sepertivirtus (kelakuan baik) dan pictus (obligasi sosial) untuk mengekalkan empayar dan meningkatkan semangat patriotisme. 

Keselamatan dan Ketahanan 

Dalam alam Yunani, Sparta memberi contoh yang begitu jelas tentang hal pertahanan. Mengikut Lycurgus, pengasas undang-undang pada kurun ke-9 SM, manusia dilahirkan untuk kepentingan negeri, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Di Sparta, tujuan pemerintahan adalah menguatkan kerajaannya untuk mengawal rapat orang tawanan yang dikenali Helots. Golongan Helots amat besar jumlahnya jika dibandingkan dengan rakyat Sparta. Orang Sparta berasa bimbang bahawa Helots mengancam mereka dan akan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan Sparta adalah bercorak ketenteraan yang setiap kanak Sparta dikenakan latihan tentera serta dikenakan disiplin yang ketat. Sistem pendidikan memang bertujuan melahirkan sifat ketenteraan dan disiplin yang kuat untuk mempertahankan mereka daripada serangan Helots. Adalah jelas dalam sistem ini, unsur pemikiran bebas terbendung dan sifat keperibadian individu terpendam. 

Kelahiran tokoh-tokoh ilmuan, kelahiran golongan sophist seperti protagoras, dah ahli falsafah yang seperti Socrates, Plato dan Aristotale. 

Kelahiran tokoh-tokoh yang menolak agama sebagai asas pemikiran. Bahawa ilmuan di Rom dan Yunani mula mengubah pemikiran mereka dari God Centred kepada cosmos ( alam sekeliling ) dan humanisme. 

Kesimpulan 

Dari perbincangan tersebut, dapat dijelaskan bahawa pendidikan formal dalam tamadun dapat berkembang, bukan sahaja kerana faktor-faktor yang bertujuan pendidikan, tetapi juga kerana faktor kepentingan politik pemerintah

{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO