Berikan faktor dan kesan pembentukan Negara Bangsa di Eropah

on Ahad, 25 Disember 2011



Pengenalan 

Konsep Negara 
Bangsa sebuah negara yang berdaulat dan bebas dengan penduduknya mempunyai kesedaran bahawa mereka adalah milik bersama berasaskan bahasa, adat dan tradisi yang sama, mempunyai pemerintah tersendiri, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri. 

Sejarah
lahir seawal abad ke-15 khusunya selepas berlakunya perubahan politik di Eropah kesan daripada berlakunya Zaman Renaissance dan Zaman Revolusi secara mendadak. Contoh Negara Bangsa ialah England, Perancis dan Sepanyol. 

Isi penting
faktornya

Perang Salib

Negara bangsa  juga wujud kerana perang salib. Perang ini berlangsung selama lebih 200 tahun antara orang kristian dengan orang islam di Timur Tengah dan Asia Kecil. Semasa perangsalib, orang kristian meminta bantuan Pope(Paus) dan pemerintah Eropah untuk meminta bantuan ketenteraan. Pemerintah  meminta bantuan daripada Vassal dan Serf menjadi tentera. Disebabkan perang ini, kuasa dan pengaruh Vassal berkurangan apabila Serf tidak pulang kepada Vassal selepas peperangan selesai. oleh itu, raj bertindak mengukuhkan kedudukan dan melaksanakan ekspedisi ketenteraan untuk membentuk negara bangsa. Perang salib juga menyebabkan orang kristian sedar akan kelemahan diri dan ingin mewujudkan negara bangsa  seperti zaman kegenilangan tamadun Yunani dan Rom.

Kemerosotan Kuasa Golongan Feudal  

Golongan feudal (bangsawan, Penguasa Autonomi Tempatan, golongan adatLandlord, gereja) merupakan golongan yang sangat berpengaruh dari segipolitik pada zaman pertengahan.Pengaruh golongan ini merosot kerana timbul kesedaran politik, idea kedaulatan bangsa dan penyatuan negara bangsa dan keinginan supaya wujud kuasa autoriti tunggal dalam sesebuah negara. Kesannya sistem feudal tidaklagi diterima oleh masyarakat Eropah. Contohnya di England – Raja Henry VII telah berjaya menggubal undang-undang baru yang melarang golongan feudal memakai pakaian khas, melarang menubuhkan tentera sendiri, melarang mempunyai lambang kuasayang khas dan lain-lain. 

Perkembangan Zaman Renaissance 

Akibat berlakunya zaman Renaissance telah mengubah sikap dan pemikiran orang Eropah tentang perasaan kebangsaaan dan kesetiaan kepada negara mereka. Sebelum ini masyarakat Eropah memberi kesetiaan kepada golongan bangsawan yang menguasai wilayah dan kawasan tertentu Zaman Renaissance telah berjaya menyatukan semua bangsa di Eropah dalam sebuah negara yang sebelum ini mengamalkan undang-undang, cara hidup, sikap, pemikiran, bahasa dan sebagainya. 

Kemunculan Kerajaan Monarki Kebangssaan 

Kemunculan kerajaan-kerajaan monarki baru pada abad ke-16 melalui sokongan rakyat dan golongan pertengahan melahirkan raja berkuasa mutlak dan membawa kepada pembentukan sesebuah negara bangsa. Kebanyakan raja Monarki ini mengekalkan kuasa melalui pemerintahan berpusat, sistem dinasti, perkahwinan, peperangan, komplot dan penaklukan. DiEropah wujud zaman monarki mutlak yang berkuasa melalui dinasti-dinasti agong seperti Romanoff, Hohanzollern, Bourbon dan Habsburg. Contoh-Pemerintahan negara bangsa Perancis oleh Louis Xi dari Dinasti Volois yang melakukan pemusatan kuasa di Paris. Begitu juga Raja Henry VII di England melalui Dinasti Tudor yang melakukan pemusatan kuasa di London. 

Kemajuan Ekonomi 

Perkembangan ekonomi yang pesat selepas zaman Renaissance melahirkan golongan kapitalis seperti pedagang, pengusaha kilang, tuan tanah, pelombong dan lain-lain.Golongan ini memerlukan perlindungan daripada kerajaan yang besar dan kuat.Untuk itu meraka sanggup membayar wang perlindungan dan cukai kepada raja. Golongan pemerintah pula dapat mengumpul wang yang banyak dan mengukuhkan ekonomi mereka serta dapat membayar gaji tentera. Secara tidaklangsung melemahkan golongan feudal. 

Bahasa Kebangsaan 

Muncul golongan cerdik pandai selepas zaman Renaissance. Penulisan dan penerbitan karya berkembang dibantu oleh penciptaan mesin cetak. Karya yang dihasilkan menggunakan bahasa kebangsaan bukannya bahasa dialek tempatan. Ini berjaya menarik minat membaca rakyat dan memudahkan lagi usaha menyatukan rakyat dan penubuhan Negara bangsa. 

kemunculan golongan pertengahan

Golongan pertengahan yang mengusahakan perdagangan dan perindustrian sanggup menyokong dan membayar cukai yang banyak kepada pemerintah yang boleh mewujudkan keamanan untuk pertumbuhan ekonomi. Dengan itu, raja menggunakan hasil cukai untuk menguatkan angkatan tentera dan mengaji pegawai perkhidmatan awam untuk melindungi golongan peertengahan dan membentuk kerajaan yang diingini.

Pemberian anugerah serta gelaran kepada golongan bangsawan


Negara bangsa terbentuk dengan pemberian gelaran kepada golongan bangsawan. Contohnya  gelaran duke, earl, baron, dan count. Dengan cara ini,dapat meluaskan hiti golongan bangsawan, memudahkan raja mengawal mereka dan mendapat taat setia mereka.. oleh itu, raja semakin kukuh dan Negara bangsa Berjaya dibentuk.

Golongan gereja

Kejatuhan golongan gereja juga turut menyumbang kepada pembentukan Negara bangsa. Sebelum ini, gereja amat berkusa dalm aspek politik, ekonomi dan social. Ini menggugat kedudukan raja. Oleh itu, raja memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin gereja. Dengan itu, kuasa gereja dapat dihalang dan raja mendapat sokongan rakyat dan pembentukan Negara bangsa menjadi mudah.

Kesannya

Golongan Bangsawan Hilang kuasa dan pengaruh 

Penubuhan negara bangsa membawa kesan besar ke atas golongan bangsawan kerana mereka mula hilang kuasa dan pengaruh di wilayah masing-masing kepada raja dan rakyat. Golongan bangsawan tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat. Raja mula menggubal undang-undang baru bagi menghadkan kuasa dan pengaruh golongan bangsawan. 

Kemerosotan Golongan Gereja 

Penubuhan negara bangsa menyebabkan golongan agama semakin hilang pengaruh. Raja mula mengawasi perkembangan agama disampingmenggunakan gereja untuk mengukuhkan kekuasaan masing-masing. Perlantikan ahli agama dilakukan sendiri oleh golongan raja. 

Pemusatan kuasa 

Pembentukan negara bangsa mewujudkan pemusatan kuasa di bawah seorang pemerintah. Pemerintah mempunyai kuasa penuh terhadap semua bidang. Sekaligus mengenepikan kuasa golonga gereja dan golongan bangsawan. 

Kesimpulan 

Pembentukan negara bangsa yang berlaku di Eropah telah menghapuskan sistem feudal dan seterusnya telah menyebabkan kuasa pemerintahan terletak di bawah seorang pemerintah. Zaman Renaissance telah mengubah corak pemerintahan sesebuah negara di Eropah. 

{ 17 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Tanpa Nama berkata...

ok.....trimas......:)


23 September 2013 pada 3:19 PTG
daipunapie berkata...

sngt lngkap bgi sy....trima ksih....hehehhehehe.....
bwat lgi lain kli arh.....
kc bnyk....


23 September 2013 pada 3:21 PTG
perlu prtlongan berkata...

???????????
aq x fham.....
bleh kc point2 kh lain kli??
aq nie lmbap skit.... :)
tlong aq ya...hehehehe


23 September 2013 pada 3:25 PTG
Tanpa Nama berkata...

trm ksh


30 Oktober 2016 pada 5:01 PTG
Tanpa Nama berkata...

trm ksh


30 Oktober 2016 pada 5:02 PTG

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO