Fergie sedia berdamai dengan Rooney

on Selasa, 3 Januari 2012





MANCHESTER: Alex Ferguson sedia berdamai dengan Wayne Rooney — dengan memberitahu penyerang itu supaya meletakkan semula Manchester United di landasan tepat untuk merebut kejuaraan Liga Perdana.

Penyerang England itu digugurkan ketika juara bertahan itu tewas mengejut 3-2 kepada Blackburn Sabtu lalu kerana mempamerkan aksi lesu dalam sesi latihan Selasa lalu.
Rooney didenda gaji seminggu 250,000 pound (RM1.25 juta) dan diarahkan berehat pada Rabu lalu kerana aksi lesunya itu gara-gara keluar malam bersama isterinya Coleen serta rakan sepasukan Darron Gibson dan Johnny Evans di Southport.
Keretakan hubungan antara Fergie dan penyerang terbabit seolah-olah tidak dapat dielakkan tetapi pengurus itu sudah bersedia menamatkan perselisihan berkenaan dengan membawa semula Rooney ke pangkuan pasukan bagi menghadapi perlawanan menentang Newcastle, esok.

Ferguson bertegas terhadap bintangnya itu tetapi United dan Rooney menegaskan tidak perselisihan teruk seperti Oktober 2010 yang menyaksikan dia hampir meninggalkan Old Trafford.

Bos United itu berkata: "Wayne tidak berlatih dengan baik minggu ini.
"Dia tidak menjalani latihan beberapa hari, tetapi saya harap dia akan berlatih dan akan kembali beraksi Rabu nanti.” 
The Red Devils perlu bangkit segera daripada kekalahan mengejut di gelanggang sendiri kepada pasukan tercorot Blackburn pada sambutan hari jadi ke-70 Ferguson.

Minggu ini disifatkan minggu yang penting kepada United yang akan berkunjung ke Newcastle untuk perlawanan Liga Perdana sebelum menentang pencabar setempat Manchester City dalam pusingan ketiga Piala FA Ahad ini. - Agensi 

Sumber : Berita Harian

{ 1 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Unknown berkata...

patutlah mu kalah 2-3 tu ary....


3 Januari 2012 pada 5:40 PTG

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO