Bincangkan faktor-faktor yang membawa perubahan kebudayaan Paleolitik kepada kebudayaan Neolitik.

on Ahad, 25 Disember 2011



Pengenalan. 

Ketiga-tiga kebudayaan iaitu Pelolitik, Neolitik dan Gangsa merupakan tahap – tahap yang akhirnya membawa kepada evolusi dan peningkatan cara hidup manusia yang mewujudkan tamadun awal di lembah sungai seperti Mesir, Mesopotamia, Hwang Ho dan Indus. Pada zaman Paleolitik manusia hidup mencari makanan, memburu dan tidak hidup menetap di suatu tempat. Alat – alat mereka diperbuat daripada batu seperti kapak dan pisau. Manusia Paleolitik wujud sekitar tahun 500,000 atau 1,000,000 tahun dahulu. Manusia ini juga dikenali sebagai Homosapiens yang ditemui di Pulau Jawa (Orang Jawa ) dan China Utara ( Peking Man ). 

v Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan Inovatif. Munculnya aktiviti bercucuk tanam. Alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang kala alat tersebut digosok sehingga licin. Kemunculan alat tembikar. Pada permulaannya lebih kurang 10,000 hingga 5,000 tahun dahulu. Masyarakatnya menetap. Zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian. 

Isi penting 

Faktor-faktor yang mengubah kebudayaan Paleolitik kepada Neolitik. 
  • Manusia berkumpul di sesuatu tempat untuk kepentingan bersama demi memperbaiki cara hidup mereka. 
  • Manusia tertarik dengan kesuburan tanah di lembah sungai untuk aktiviti pertanian dan penternakan binatang. Setelah lahirnya konsep pertanian, manusia mula berhenti dengan cara hidup secara nomad dan mula hidup menetap secara bermasyarakat. Mereka juga sudah membina tempat kediaman yang lebih kukuh seperti pondok dan rumah sehingga mewujudkan perkampungan. Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah mendorong kemunculan proses perbandaran. 
  • Kebudayaan Neolitik sering diistilahkan sebagai kebudayaan inovatif. Munculnya aktiviti bercucuk tanam, alat batu dikerjakan dengan baik dan kadang kala alat tersebut digosok sehingga licin. Kemunculan alat tembikar tanah. Permulaanya lebih kurang 10,000 hingga 5,000 sebelum masihi. Masyarakatnya menetap. Zaman ini juga disebut Zaman Revolusi Pertanian. 
  • Kehidupan manusia lebih memberatkan nilai – nilai kepercayaan dan agama yang mempunyai kaitan secara langsung dengan bumi dan kesuburan tanah untuk pertanian.
  • Wujudnya aktiviti perdagangan dan berkembang dengan lahirnyailmu pelayaran yang mendorong manusia menjalankan perdagangan dengan kawasan luar. 
  • Bukti-bukti kewujudan masyarakat Neolitik terdapat di Lembah Nil dan Tigris dan Euphrates. Di semenanjung Tanah Melayu masyarakat ini ditemui di tiga kawasan lembah Sungai Perak ( selatan Grik ), lembah Sungai Pahang dan Lembah Sungai Kelantan. 
  • Manusia mampu mencipta pelbagai peralatan tembikar dan pertanian yang digunakan secara meluas seperti bajak, saliran dan roda yang terus diamalkan pada zaman gangsa. 
  • Pertanian pada zaman Neolitik telah mendorong kelompok manusia melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan untuk mendapatkan bahan-bahan asas serta keperluan yang lain. 
  • Peningkatan teknologi membolehkan manusia menguasai persekitaran kehidupan dan merupakan asas kelahiran kebudayaan gangsa. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan tetapi mempercepatkan perkembangan industri. 
  • Kebudayaan Neolitik telah memberi satu asas perkembangan kepada zaman gangsa yang memperlihatkan titik permulaan tamadun yang bersifat perbandaran. 

Kesimpulan 

Masyarakat seharusnya mengetahui bahawa proses dan jangka masa perubahan kebudayaan Paleolitik kepada Neolitik dan zaman logam berbeza dari segi tempat dan masa. Zaman Neolitik menandakan berakhirnya Zaman batu dan membawa kepada kelahiran zaman Pra Sejarah Akhir iaitu Zaman Logam. 



{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO