Sifat lelaki melalui unsur

on Jumaat, 4 Mei 2012



Dikalangan org2 melayu lama,terdapat cara2 untuk mengetahui sama ada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis TANAH,AIR API atau ANGIN.Yang biasa digunakan ialah dengan mengeja dan mengira nama seseorang lelaki menggunakan ejaan jawi atau dengan mengatahui anak keberapakah lelaki berkenaan.

Contoh: anak petama (tanah),anak kedua ( air),anak ketiga (api)dan ke empat( angin)
setelah mengetahui jenis unsur ini maka bolehlah dirujuk bagi apakah unsur anda.

1.  TANAH

Sifat tanah dikaitkan dengan sifat deria,ia tergolong sebagai sifat kewanitaan.orang yang menyedari keujudannya di sini dan kini,menghargai kebendaan,keras hati,sabar,disiplin diri,berhati hati,boleh diharap,tidak tegas,cekap dan percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

2. AIR

Sifat air dikaitkan dengan jenis perasa,ia tergolong sebagai sifat kewanitaan,lemah lembut,dalam perasaannya,mengasihani,memaksa,penakut,kepala angin,imaginatif,lemah terhadap siksaan atau teguran,berahsia,memahami,tidak tamak dan artistik.

3. API

Sifat api dikaitkan sebagai jenis intuisi(berkebolehan mengetahui sesuatu memalui bisikan kalbu)ia tergolong sebagai sifat kelakian,pentingkan diri,megah,bersemangat tinggi,kompetitif,perlukan ruang,kebudakan,atau kurang matang,keras hati,kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu,sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko,mampu melihat kemungkinan masa depan.

4. ANGIN

Sifat angin dikaitkan dengan jenis pemikir.ia tergolong sebagi sifat kelakian,lelaki ini berpegang kepada teori tidak mudah terpengaruh oleh pendapat org lain,objektif,rasional,menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi,menghargai kebolehan intelektual,mahukan kebabasan,mempunyai mentaliti ambil mudah,sukakan fakta dan figura.

Penentuan Jenis Unsur Lelaki Berdasarkan Anak Keberapa:

Samada seseorang lelaki itu tergolong kepada jenis Tanah, Air, Api atau Angin boleh ditentukan menerusi anak keberapakah dia. Susunan unsur ialah:

(1) Tanah pertama kelima kesembilan
(2) Air kedua keenam kesepuluh
(3) Api ketiga ketujuh kesebelas
(4) Angin keempat kelapan kedua belas

{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }

Catat Ulasan

Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...

SATU pun jadilah...hehehe

 
© Line Clear Bah ! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO