VIENNA 3 Mei - Kerajaan Austria semalam mengugut untuk memboikot kesemua perlawanan bola sepak Euro 2012 di Ukraine sebagai bantahan terhadap layanan buruk yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko yang dipenjarakan.
Menteri Luar Austria, Michael Spindelegger berkata, tiada pegawai kerajaan akan menghadiri perlawanan tersebut, sekali gus menunjukkan sokongan mereka terhadap Tymoshenko, yang melancarkan mogok lapar.
Katanya, langkah itu diambil selepas kerajaan Jerman yang turut memboikot perlawanan di Ukraine ekoran kebimbangan terhadap tahap kesihatan bekas Perdana Menteri Ukraine itu.
Ukraine merupakan penganjur bersama dengan Poland pertandingan Euro 2012 yang akan bermula Jun depan. - AFP
{ 0 komen Kat Sini !... read them below or add one }
Catat Ulasan
Assalamualaikum
Dah baca mehlah komen sekali...
SATU pun jadilah...hehehe